PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PDPC anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 2017, MAAF ZAHIR DAN BATIN^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

PELAJARAN 23: PERKEMBANGAN EKONOMI PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIAH

Wednesday, November 25, 2015



Khalifah Abu Jaafar al-Mansor memindahkan pusat pemerintahan dari Damsyik ke Baghdad

Keistimewaan Baghdad;
1.        Kedudukan yang strategik menjadi laluan perdagangan timur dan barat
2.        Terdapat pasar ‘Suq Baghdad’ yang menjadi tumpuan pedagang Parsi
3.        Terdapat ladang-ladang pertanian dan ternakan serta sebuah pasar ‘Suq al-Baqar’

Sektor Utama Ekonomi Kerajaan Abbasiyyah
Organization Chart

Tindakan Khalifah Abbasiyyah untuk memajukan pertanian
1.        Membina saliran
2.        Melebarkan sungai dan terusan
3.        Membuat empangan
4.        membuka tanah pertanian baru
5.        Membuat penyelidikan dalam bidang pertanian
Wilayah yang banyak mengeluarkan hasil pertanian yang banyak ialah Mesir, Syam, Iraq, Yaman, Maghribi, Khurasan dan Andalus

Jenis Industri Pembuatan Pada Zaman Abbasiyyah
Jenis Industri
Pengeluar
Tenunan, hamparan dan permaidani
Baghdad, Syiraz dan Isfahan
Pinggan mangkuk
Mesir dan Syam
Barangan kaca, tembikar dan mozek
Baghdad, Mesir dan Syam terutamanya Shaida dan Shur
Barangan kulit dan senjata
Mesir, Andalus dan Maghribi
Perhiasan dan batu permata
Yaman, Khurasan, Bahrain dan Lubnan
Kertas
Iraq, Mesir, Maghribi dan Andalus

Faktor Perkembangan Perdagangan Di Zaman Abbasiyyah
1.        Pembukaan wilayah baru
2.        Perkembangan industri perkapalan
3.        Penghasilan karya oleh sarjana yang menjelaskan hukum yang menggalakkan perniagaan
4.        Kemahiran orang arab berniaga
5.        Langkah Kerajaan Abbasiyyah
·         Membina pusat perniagaan
·         Membina rumah api sebagai panduan kapal
·         Mengetatkan kawalan keselamatan
Para pedagang  muslim telah sampai ke Cina melalui Samarkand yang dikenali sebagai ‘Laluan Sutera’
Mereka juga telah sampai ke Eropah Barat dan Selatan Afrika
Untuk kemudahan mereka telah menggunakan cek kembara yang dikenali sebagai ‘as-Saftajah’

Sumber Kewangan Kerajaan Abbasiyyah
1.        Zakat

Mengeluarkan kadar tertentu daripada harta tertentu dengan syarat yang tertentu kepada golongan tertentu (2.5%)
2.        Kharaj
Cukai tanah milik orang bukan Islam
3.        Ghanimah
Harta rampasan perang. 80% diberi kepada pejuang
4.        Fai

Harta yang diperolehi melalui jalan perdamaian setelah pihak musuh menyerah kalah
5.        Jizyah

Bayaran yang dikenakan kepada orang bukan Islam yang mendiami negara Islam
6.        Usyur

Cukai ke atas kapal perdagangan bukan Islam yang singgah di pelabuhan negara Islam untuk tujuan perniagaan (10%)

Peranan Baitul Mal
1.        Baitul Mal ialah institusi kewangan terbesar negara
2.        Diketuai Sahibu Baitul Mal (Pengurus perbendaharaan negara) yang mengurus Diwan al-Kharaj (Jabatan Hasil) dan Diwan an-Nafkah (Jabatan Kewangan)
3.        Akaun Baitul Mal dikawal oleh Diwan al-Usul (Jabatan Dalam Negeri) bersama Diwan al-Azimmah (Jabatan Audit)
4.        Peranan Baitul Mal;
·         Pengurus sumber pendapatan negara
·         Mengawal belanjawan negara

Kesan Pembangunan Ekonomi
1.        Taraf hidup umat Islam tinggi
2.        Berbagai prasarana dapat diwujudkan
3.        Wujud banyak peluang pekerjaan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil