PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PDPC anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 2017, MAAF ZAHIR DAN BATIN^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

PELAJARAN 2: RASUL PENYAMPAI WAHYU

Tuesday, July 5, 2011







Surah al-An'am;50

قُلْ لَا أَقُولُ لَكُمْ عِنْدِي خَزَائِنُ اللَّهِ وَلَا أَعْلَمُ الْغَيْبَ وَلَا أَقُولُ لَكُمْ إِنِّي مَلَكٌ ۖ إِنْ أَتَّبِعُ إِلَّا مَا
يُوحَىٰ إِلَيَّ ۚ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الْأَعْمَىٰ وَالْبَصِيرُ ۚ أَفَلَا تَتَفَكَّرُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad); Aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa) perbendaharaan Allah ada di sisiku dan aku pula tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib; aku juga tidak mengatakan kepada kamu bahawasanya aku ini malaikat, aku tidak menurut melainkan apa yang diwahyukan kepadaku. Bertanyalah (kepada mereka): Adakah sama orang yang buta dengan orang yang celik? Tidakkah kamu mahu berfikir?


Pengertian Rasul

Lelaki pilihan Allah yang diberikan wahyu untuk dirinya dan wajib disampaikan kepada orang ramai

Pengertian Nabi

Lelaki pilihan Allah yang diberikan wahyu untuk dirinya dan tidak wajib disampaikan kepada orang ramai

Peranan Rasul

a. Membetulkan akidah daripada kesesatan kepada beriman kepada Allah

b. Menjelaskan syariat dan peraturan untuk kebahagiaan manusia di dunia dan di akhirat

c. Mengajar dan menunjuk cara beribadat dengan betul

d. Mendidik manusia supaya berakhlak mulia

e. Memberitahu berita gembira kepada orang yang taat dan azab kepada orang yang ingkar

f. Menjelaskan adanya alam akhirat yang kekal


Perkara ghaib

Perkara yang tidak dapat dilihat atau dirasai oleh pancaindera dan diketahui melalui wahyu Allah


Bahagian perkara ghaib

1. Perkara yang hanya diketahui oleh Allah seperti masa berlakunya kiamat dan rezeki seseorang

2. Perkara yang telah berlaku seperti kisah nabi-nabi terdahulu

3. Sesuatu yang wujud tetapi tidak dapat dilihat oleh pancaindera seperti malaikat, syurga dan neraka

4. Sesuatu yang akan berlaku seperti kemunculan Nabi Isa

5. Perkara yang diketahui manusia melalui ilmu dan kajian seperti logam di dalam bumi


Tugas manusia sebagai hamba Allah

1. Mengikut ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w

2. Berusaha dan berikhtiar meneroka khazanah alam

3. Mencari kurniaan Allah untuk kehidupan dunia dan bekalan akhirat

4. Berusaha mendalami ilmu pengetahuan

5. Berfikir berlandaskan wahyu


Manusia perlu berfikir berdasarkan wahyu kerana

1. Akal fikiran manusia terbatas

2. Fikiran manusia sering berubah-ubah dan tidak sama

3. Supaya tidak tersesat

4. Supaya di rahmati Allah


Kelebihan membaca al-Quran

1. Terhindar daripada syaitan dan iblis

2. Tidak akan nyanyuk apabila telah tua

3. Hatinya sentiasa tenang dan sejahtera

4. Penghibur kepada kaum muslimin apabila dibacakan

5. Wajahnya sentiasa berseri-seri

6. Terpelihara lidahnya daripada kejahatan

7. Akan mendapat syafaat al-Quran di akhirat kelak


Pengajaran ayat

1. Rasul merupakan penyampai wahyu Allah kepada manusia

2. Allah tidak memerlukan pembantu untuk menolong membahagikan khazanahnya

3. Kita wajib mentaati rasul kerana mereka utusan Allah

4. Nabi dan rasul yang dilantik oleh Allah ialah manusia pilihanNya

5. Kita hendaklah berfikir berdasarkan wahyu supaya hidup selamat di dunia dan di akhirat

4 comments:

Unknown said...

Masyyaallahh .terima kasih.
Semoga terbalas budi hamba allah yang sudi berkongsi ilmu allah. Jazakalllah ....

Unknown said...

Shukran

Unknown said...

Terima kasih atas perkongsian ilmu

Zyn said...

Ya Allah saya sayang ustaz saya ni

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil